nuffnang

Teme's GANG

Lelaki Gagah Bangun Tahajjud... LGBT

‘LGBT’ community,
Lelaki Gagah Bangun Tahajjud, mungkin itulah yang difikirkan oleh pembaca-pembaca yang qawiy dan warak sekalian memandangkan sekarang bulan Ramadhan.

LGBT sebenarnya ialah sebuah gerakan yang memperjuangkan hak golongan ‘Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender’.

Kamus:-
Lesbian: wanita yang mempunyai nafsu songsang terhadap wanita.
Gay: lelaki yang mempunyai nafsu songsang terhadap lelaki.
Bisexual: lelaki atau wanita yang mempunyai nafsu songsang terhadap lelaki dah wanita.
Transgender: kekeliruan jantina (lelaki ingin jadi wanita, wanita ingin jadi lelaki)

Beberapa hari yang lalu, dunia kecoh seketika kerana isu ini. Apa yang berlaku ialah Mahkamah Agung United States of Amerika telah menghalalkan perkahwinan sejenis di seluruh USA. Kononnya inilah satu langkah USA menuju kemanusiaan dan demokrasi. *tahan gelak*

Tahukah anda, di negara kita (Malaysia) pun ada gerakan yang sedang memperjuangkan untuk menghalalkan LGBT dalam undang-undang Malaysia? Kini, dengan menjadikan USA sebagai negara contoh untuk memperjuangkan ‘hak asasi manusia’, saya ramalkan pastinya Malaysia juga akan ditampar hebat oleh gelombang ini.

Kononnya USA sebuah negara maju, lalu kita perlu ikut langkah-langkah ‘’’’’kemajuan’’’’’ mereka. Sedangkan kita tertipu, USA dipandang hebat hanyalah kerana mereka mempunyai cengkaman ke atas media dunia. Melalui media, mereka gambarkan seolah-olah mereka negara contoh, negara terbaik, dan seakan-akan ‘penjaga keamanan dunia’. Lanjutan dari ‘imej baik’ mereka ini, tindakan-tindakan USA menjadi perhatian kepada majoriti masyarakat manusia. Bagi saya, mereka hanyalah negara yang sudah remuk dan menunggu masa untuk musnah secara total.





Biar saya explain..

Lihatlah Iraq, dicatatkan hampir 2,000,000 kematian berlaku setelah USA berhajat untuk ‘menolong’ memperjuangkan ‘hak asasi manusia’ di negara mereka. 

Di Vietnam sewaktu Vietnam War (1955-1974), hampir 20juta bom digunakan oleh USA ke atas Vietnam, jumlah ini lebih dari jumlah keseluruhan bom yang telah digunakan oleh seluruh dunia ketika perang dunia ke 2!

Belajar sejarah? Ingat lagi peristiwa atomic bomb yang digunakan oleh USA ke atas Jepun? Dengan menggunakan hanya 2 bomb, USA telah membunuh 200,000 rakyat Jepun! 

Inikah yang dikatakan dengan ‘hak asasi manusia’? Itu tidak termasuk sokongan dan galakan USA kepada negara penjenayah Israel untuk memusnahkan Palestine, lagi panjang ceritanya. Banyak lagi kerosakan dan kekejaman oleh USA yang boleh saya tuliskan, tapi cukuplah 3-4 peristiwa tadi.
Kehancuran demi kehancuran mereka lakukan saban tahun untuk memusnahkan ketamadunan manusia dan anda ingat langkah mereka mempromosikan perkahwinan sejenis ke seluruh dunia ini ialah ‘one step towards humanity’? *gelak*

Bagi saya, negara ini tidak lansung wajar dijadikan contoh kerana nilai kemanusiaannya telah hilang, ia menuju kehancuran. Dengan tegas saya katakan. JANGAN JADI BODOH DAN DIPERBODOHKAN LAGI DAN LAGI. Cukuplah dengan isu GST. Ehhh..



Suatu ketika dahulu, golongan LGBT ini ditegah di seluruh dunia dan dianggap mempunyai ‘nafsu songsang’, termasuklah di barat. Kini, dengan menggunakan slogan ‘love wins’, mereka perjuangkan hak nafsu songsang mereka. Selepas ini apa? Pastinya akan muncul gerakan baru yang memperjuangkan hak pedophilia (nafsu songsang ke atas kanak-kanak) pula dengan slogan ‘love wins’ juga? Seterusnya akan muncul pula golongan yang memperjuangkan hak cinta manusia-haiwan? Itukah yang kita mahu? Tindakan sesuka hati oleh manusia ini perlu dihentikan.



Dalam permainan bola sepak, jika ada seorang pemain pegi pegang bola macam bola ragbi, pastu lari ke pintu goal. Goal ini akan terbatal, dan permainan akan musnah jika pemain tetap berdegil untuk bermain menggunakan tangan.

Samalah situasinya dengan kehidupan di dunia,
Sedangkan permainan pun ada peraturan yang ditetapkan oleh pihak yang mempunyai kuasa ke atas permainan, inikan pula dunia. Pastinya ada peraturan yang ditetapkan oleh Pihak yang Berkuasa ke atas dunia. Kita hanya manusia, ilmu kita tidak terkira kecilnya, kita perlukan guideline dari Pencipta kita.

Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
-Surah Al-A’raf ayat 80 & 81.

Tetapi.. Kaum Nabi Luth tetap berdegil.. Antara mereka yang berdegil ini termasuklah isteri Nabi Luth sendiri.

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.
-Surah Al-A’raf ayat 83

Nak tahu apa jadi?

Maka ketika keputusan Kami datang, Kami menterbalikkan negeri kaum Luth, dan Kami hujani mereka bertubi-tubi dengan batu dari tanah yang terbakar.
-Surah Hud ayat 82.

Kaum Nabi Luth diazab oleh Allah kerana mengamalkan budaya gay. Isteri Nabi Luth bukanlah Lesbian, tetapi tindakan isteri Nabi Luth yang menyokong budaya Gay dalam kalangan Kaum Nabi Luth juga mengundang murka Allah. Bayangkan pula apa dosa yang kita tanggung jika kita menyokong Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender sekaligus?  Cukuplah gelombang banjir, hutang berbillion,  dan gempabumi yang berlaku pada negara kita. Jangan kita kalah dalam isu ini.






Anda pernah ada kawan lelaki yang berkelakuan seperti wanita? Ataupun wanita yang berkelakuan seperti lelaki? Mereka tidak sementinya gay atau lesbian, tapi dikhuatiri menuju ke arah itu. Ada kawan atau kenalan macam ni?

Ya, mereka wujud,
Golongan ini biasanya digelar bapuk, sotong, jelly, agar-agar, pondan, tomboy, pengkid, dan bermacam-macam gelaran lagi. Pedih, tapi inilah kenyataan masyarakat kita. Kita tolak perihal gelaran ini ke tepi dahulu, kita bincang isu pokok.

Menurut pengalaman saya sendiri, dari sekolah rendah, menengah, asrama, hinggalah keperingkat universiti, kelompok ini akan berkawan dengan kelompok sendiri. Kalau geng-geng lelaki yang lembut ini, mereka akan makan, jalan-jalan, study, dan lepak sesama jenis mereka sahaja. Bukanlah nak mengatakan diri mereka exclusive, tapi mereka sebenarnya tidak tahan dengan perlian dari kaum sejenis mereka sendiri.

Sesetengah dari kita mungkin rasa menyampah dengan golongan yang sebegini. Saya akui, sayalah salah seorang yang geli-geleman sampai naik bulu roma seluruh badan bila nampak lelaki berkelakuan seperti wanita. Kerana bagi saya, mereka yang mengada-ngada nak jadi wanita.

Tanggapan ini salah,
Ada lelaki (dan perempuan) yang dilahirkan begitu. Saya pelajar architecture, tak banyak tahu pasal genetic, tapi melalui pembacaan saya, mereka dilahirkan dengan keadaan hormon dalam diri mereka tak stabil (student medic/doctor yang nak explain pasal ini di ruang komen silakan). Kita semua ada ujian berbeza yang Allah berikan mengikut kesesuaian diri kita, dalam kes mereka, dilahirkan lembut (or kasar bagi wanita) ialah ujian bagi mereka.

Apa yang perlu kita buat?
Jangan pulau mereka,
Jangan ejek mereka atau tuduh mereka gay/lesbian secara melulu,
Support mereka, galakkan mereka untuk tinggalkan nafsu dan perangai songsang.
Kalau kawan lelaki kita suka pakai make-up, nasihati mereka, tunjukkan cara menjadi lelaki yang sebenar, jangan pandang serong pada mereka.
Kalau kawan perempuan kita berkelakuan dan berpakaian seperti lelaki, jangan puji dia handsome, berilah semangat untuk mereka kembalikan sifat kewanitaan.

Percayalah,
Bukan mudah bagi mereka untuk berperang dengan sifat yang berlawanan dengan jantina mereka, apatah lagi jika nafsu mereka juga songsang.
Kalian tak tahu betapa banyak air mata yang tumpah ketika mereka berdoa kepada Pencipta mereka agar diberi kekuatan,
Mungkin sahaja mereka yang lembut dan bernafsu songsang itu lebih dekat dengan Allah berbanding kita, dengan syarat dia berusaha lawan perkara songsang tersebut.

Sebagai masyarakat yang islam, yang mengaku umat Rasulullah saw,
Perlulah kita tahu bahawa perbuatan menyerupai berlainan jantina ialah perbuatan yang dilaknat.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu, dia berkata, “Rasulullah saw melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan (melaknat) para wanita yang menyerupai lelaki.”
-Hadis Riwayat Bukhari

Kurangkan, bukan lagi meriahkan lagi isu tasyabuh (menyerupai berlainan jantina) ini dengan menjadikan ianya hiburan. Jika anda masih menyokong perbuatan ini sedangkan telah sampai pengetahuan tentang larangan perkara ini, anda berdosa, anda telah melakukan perkara yang Rasulullah saw laknat.

Trend yang saya lihat sekarang ialah, kalau nak buat video lawak, wajib kene menyerupai wanita. Adakah kita terlampau pendek akal sampai terpaksa menggunakan cara yang syubhah untuk hiburan? Dengan kata yang lebih kasar, untuk meraih popularity. Jangan kita wujudkan suasana yang normal dengan perkara ini.

Kita anggap remeh, tapi Rasulullah saw melaknat perbuatan sedemikian.

Cukuplah setakat ini,
Akhir kata,
Ingat, kita manusia yang menurut arahan Tuhan kita,
Keadilan tak semestinya sama rata,

Ayuh kita perangi suasana LGBT ini dari terus merebak ke negara tercinta.

#itstemeRamadhanSketch project


#itstemeRamadhanSketch

Pertamanya, izinkan saya perkenalkan diri,
Nama saya Teme Abdullah (nama pena yang digunakan sejak mula menulis blog dakwah tahun 2011), lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, mendapat pendidikan awal di Malaysia, dan kini menyambung pelajaran dalam bidang Seni Bina di London, United Kingdom.


Saya ringkaskan seringkas yang mungkin..

Seperti kebanyakan rakyat marhaen yang berusaha untuk up-to-date dengan peredaran social di dunia dan Malaysia khususnya, saya wujudkan akaun instagram untuk diri saya. Memang tak aktif lansung pada mulanya, saja nak ada akaun instagram sebagai pelengkap ciri-ciri manusia moden... cewah..

Melukis merupakan salah satu antara ‘kerja-kerja kecil’ yang saya lakukan untuk sara hidup sebagai student di sini. Kadang-kala saya akan buat lakaran bangunan-bangunan menarik di jalanan, dan jual terus kalau ada yang berkenan. Tak banyak untung pun, tapi alhamdulillah terasa puas. 

Dari sinilah saya mula menjadi 'pelukis jalanan'.




Melukis, jual, melukis, jual....
Sehinggalah akhir September 2014,
Saya secara ‘suka-suka’ telah upload gambar lakaran bangunan di instagram, saja nak berkongsi keindahan ciptaan Allah yang saya luahkan dalam bentuk lukisan. Alhamdulillah secara tak sengaja, ramai yang berkenan, so saya terpikir..

“why not aku upload gambar-gambar sketches aku lepasni? Mungkin ada yang suka tengok, dapat gembirakan hati orang, kan dah dapat pahala. Boleh juga jadi salah satu cara encourage masyarakat untuk tadabbur alam.. haaaa”

So, setiap kali saya musafir/jalan-jalan dan ternampak bangunan yang menarik, saya sketch dan upload di instagram.



Sketch, upload, sketch, upload....
Sehinggalah sebulan kemudian, followers makin bertambah, lukisan semakin mendapat sambutan, walhal lakaran saya takdalah cantik mana pun. 

Alhamdulillah, ada sebilangan besar juga followers yang bukan dari Malaysia, so saya mula gunakan english sebagai description untuk sketches tertentu.

Sampailah suatu hari, ada hamba Allah screenshot artworks saya di instagram, dan upload di twitter.

Dan lakaran-lakaran saya mula 'tumbuh sayap'..


[sumber]


Alhamdulillah ada yang suka,
So, saya teruskan macam biasa.
Ada je yang bagi komen negatif, tapi who cares.. buat apa letakan negativity di hati kita, sedangkan Allah hadirkan banyak lagi reaksi positive untuk kuatkan semangat hambaNya.

3-4 hari kemudian,
Ada hamba Allah hantar message beserta link sebuah artikel kat facebook page teme. Katanya, kalini ada blog hiburan terkenal share lukisan saya di blog berkenaan.


[sumber]
  

Beberapa hari kemudian,
Saya dapat message dari seorang sahabat,

“teme.. kau tahu 9gag?” 
“tahu, kenapa?” 
“sketches kau masuk 9gag weyh.. excited aku! lukisan budak Malaysia dah jadi wakil Asia dah! hahaha”


[sumber]


Mulai dari sinilah makin banyak respond yang saya dapat,
Alhamdulillah, sedikit mudah untuk saya cari rezeki dari lukisan.

Dah hukum alam, ada yang suka, akan ada yang tak suka.
Tambahan pula, ada description lukisan saya yang mengecam tindakan Israel yang merampas tanah warga Palestine,
Kesan daripada artwork yang tersebar di 9gag, architecture-based instagram accounts, dan lain-lain, tumpuan dari non-muslim di seluruh dunia makin bertambah. Ada yang mengecam, ada yang memberi respon ilmiah.


Sejujurnya,
Ketika itu saya rasa sedikit takut untuk teruskan,
Lalu saya berhenti upload lukisan di instagram buat seketika.
Takut pada orang, takut pada bayang-bayang.

..

..

..

..

Satu hari,

*ada notification direct message di instagram*

*buka*



Semangat aku naik semula, ntah dari mana datangnya.

Bukan pentingkan pandangan manusia lebih dari Pencipta, 
Tetapi,
Kerana aku juga manusia,
Hati aku mudah terpengaruh dengan motivasi dari makhlukNya.
Mungkin ini cara Allah memberi semangat kepada hambaNya untuk teruskan..
Dalam banyak-banyak respond negatif, ada terselit sebilangan respond positif.
Lalu aku teruskan..
Reaksi negatif ada kalanya menjatuhkan, 
Tetapi,
Dalam pahitnya, ada kemanisan,
Pemberi semangat dan juga kekuatan,
Teguran dan nasihat jika diterima dengan penghayatan.

Sampailah satu hari,
Satu lagi direct message sampai di instagram, dari seorang penerbit sebuah rancangan di Malaysia.



Mula-mula, saya ingatkan ianya gurauan,
Biasalah orang nak menyakat.

Dan beberapa minggu kemudian.. ada satu panggilan dari nombor tidak dikenali dari Malaysia.
Ringkasan perbualan..

"Assalamualaikum.. ni Teme Abdullah ke" 
"...........ye saya.." 
"Macam yang kami maklumkan haritu, kami berminat untuk paparkan lukisan anda di rancangan Malaysia Hari Ini TV3. Kami sedia maklum yang anda takda di Malaysia, so, bolehkah kami buat live call masa siaran lansung MHI nanti?" 
"InsyaAllah boleh je.. bila tu kak" 
"Pagi esok" (Bermakna malam hari berkenaan dalam waktu United Kingdom)

Maka satu hari aku nervous tak lalu makan.. 


[gambar sumbangan followers di twitter]



Cukuplah cerita pasal diri setakat sampai di sini buat kali ini.
Perjalanan ini jauh lagi..

[sumber]




........................................

Aku tahu ramai yang lagi berbakat dan berkemahiran,
Aku tahu ramai yang patut diketengahkan dalam bidang lukisan,
Ini semua rezeki untuk aku dari Tuhan, kalau nak dilihat pada lukisan yang aku hasilkan, apalah sangat jika dibandingkan dengan kalian,
Jadi, aku ada satu tawaran,

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, aku ingin melancarkan satu ‘projek/aktiviti’

#itstemeRamadhanSketch

Senang je jika kalian berminat untuk sertai,
  1. Make sure niat kita untuk Allah, kalau tak, usaha kita sia-sia. Nampak remeh, tapi kene pastikan anda ambil serious soal niat.
  2. Hasilkan lukisan/lakaran sekreatif yang mungkin tentang sesuatu tempat/binaan.
  3. Dari lukisan dan suasana dalam lukisan tersebut, tulis refleksi yang Islami pada description. Kalau boleh, seboleh-bolehnya, tersangat boleh dan digalakkan untuk kaitkan dengan bulan Ramadhan. Jangan panjang-panjang, bimbang saya tak berminat nak baca (jujur). Bebas sama ada dalam bahasa melayu atau english.
  4. Letakkan #itstemeRamadhanSketch pada description dan upload di instagram. Jangan lupa unprivate instagram anda, kalau tak, saya tak dapat tengok. Boleh tag saya (@itsteme) untuk pastikan saya notice lukisan anda. Nak upload kat facebook, twitter & tag saya pun dipersilakan, tapi jangan lupa upload di instagram pulak tau?
  5. InsyaAllah, 2 karya terpilih setiap hari selama 30 hari bermula 1 Ramadhan (bedasarkan kejayaan kombinasi lukisan dan description) akan ditayangkan di instagram dan page teme. Saya akan mention instagram account anda, jangan risau.
  6. Wajib share artikel blog yang anda sedang baca ini moga lebih ramai join projek kita, heh heh heh heh..
  7. Perbaharui niat kerana Allah.


Boleh mula upload sekarang, tak semestinya bermula 1 Ramadhan baru upload kerana saya akan mula memilih karya untuk ditayangkan pada bila-bila masa sahaja. Mungkin inilah peluang anda untuk bersinar dan mulakan cita-cita sebagai pelukis?

Kalau tak keberatan, kongsikan pada kawan-kawan dan kenalan yang minat lukisan. Saya tengah nak kumpul gang untuk projek lagi best di masa hadapan insyaAllah.. heh heh heh heh..

InsyaAllah, 3 lukisan terpilih yang paling saya suka (kuasa veto.. heh heh heh) akan saya promosikan dalam buku kompilasi sketches teme kelak. Ini saya tak janji sebab tak sure lagi jadi ke tak buku kompilasi tersebut. Doakan yang terbaik ye?

Ayuh kita buktikan & tunjukkan, yang dakwah juga boleh dilakukan melalui lukisan.

HOT POST!!