Teme's GANG

Kenapa aku berhenti jadi Pendakwah..

Cerita ini dari point of view Teme Abdullah. Jika timbul rasa tidak setuju, itu normal, kita dalam negara demokrasi.


Begini,
Ketika aku masih belasan tahun dulu, semangat aku berkobar-kobar nak jadi pendakwah. Rakan-rakan sebaya boleh dikatakan rata-ratanya nak kejar title Doctor, IR, Architect, Prof, Dato, malah ada yang nak jadi Datin Seri. Tapi aku pelik sikit, aku nak sangat ada title 'ustaz'. Apa-apa pun jadi, aku nak jadi ustaz. Pelik..

Ketika sekolah menengah,
Aku mula baca buku-buku yang 'pelik'. Aku ingat lagi waktu itu, novel Harry Potter tengah trending. Tapi aku, satu novel Harry Potter pun aku tak pernah baca, aku lebih berminat nak baca satu buku yang aku baru kenal ketika itu, Rahiq Makhtum. Memang bosan la hidup aku kalau orang nampak. Tapi aku terasa nikmat. Banyak juga kitab terjemahan dari bahasa arab yang aku baca, cuma ketika itu belum lagi berguru secara face to face. Sungguh, aku ini seorang rakan sebaya yang sangat bosan, janganlah ajak aku borak pasal Harry Potter, memang aku tak tahu lebih dari nama-nama watak utama sahaja.

Kawan-kawan sibuk baca manga (komik jepun),
Aku pula sibuk mentelaah konspirasi dajjal. Freemasons, illuminati, ahhh.. Semua tu makanan jiwa aku masa tingkatan 3. Aku nampak semua tak kena, itu tak kena, ini tak kena, semua tak islamic! Semua ini menguatkan lagi matlamat aku untuk jadi ustaz.

Usai tingkatan 5, habis SPM,
Aku tekad, aku nak perdalam ilmu agama. Oleh kerana ketika itu aku merupakan pelajar tajaan yang sedang menjalani persediaan untuk ke United Kingdom, aku punyai kekangan untuk belajar agama secara formal dan tubi. Bila hujung minggu je mesti aku hilang dari kolej persediaan. Kalau orang tanya, aku jawab "aku balik rumah". Walhal aku cari ustaz, aku cari pusat pengajian secara tak formal kerana semangat mencari ilmu ketika itu. Perancangan aku, aku nak buat 2 ijazah sekaligus, architecture & usul fiqh. Semangat tak semangat lah kan.

Aku mula menulis blog berunsur islamik seawal 2011. Dalam keadaan internet tak laju, unifi takda, broadband slow macam siput, facebook baru nak hidup, dan mamak belum ada wifi, alhamdulillah aku berjaya menarik perhatian ramai pembaca. Blog apa? Blog inilah, yang korang sedang baca ni.

Bilangan pembaca makin naik,
Sejujurnya, aku mula rasa diri aku ‘macam hebat’.
Itu haram! Ini haram! Sesuka hati aku keluarkan fatwa. Ramai yang backup aku buta-buta je masatu sebab aku 'islamik'. Geng-geng yang kononnya 'tak islamic' lansung aku tak pandang. Aku hanya berkawan dengan geng-geng surau, geng-geng ceramah, geng-geng duha dan lain-lain golongan yang luarannya kelihatan baik. Judgemental.. ya.. ketika itu aku sangat judgemental..

Kononnya nak menyumbang kepada agama,
Kononnya nak majukan dakwah,
Aku mula terfikir nak terbitkan buku sendiri macam pakar-pakar motivati terkenal, mula terfikir nak jadi penceramah motivasi bebas lah, mula terfikir nak jadi pelukis komik dakwah lah. Boleh jana pendapatan sampingan. Boleh bagi talk keliling dunia, walhal ilmu tak banyak mana. Tauliah pun takda. Aku nak berhenti jadi anonymous, biarlah orang kenal aku. Aku nak bercakap pasal agama ni merata-rata.


Tiba-tiba aku tersedar sesuatu,

Dari kesedaran ini, aku berhenti menulis buat tempoh yang amat lama.
Menjauhi dunia dakwah di alam maya, memberi tempoh khalwat untuk aku muhasabah diri. Aku padam segala poster dakwah dari page Teme, instagram Teme, dan Twitter Teme. (tindakan ini kurang bijak sebenarnya, kerana ketika itu aku terlampau takut yang diri aku semakin mengejar popularity atas alasan islam, bukan mengejar syurga). Memberi ruang untuk pembaca-pembaca 'lari' dari blog temerity dan penulisnya sekali. Kenapa? Kerana satu perkara. Nafsu nakal aku mula mempengaruhi otak aku untuk peroleh wang dan kemahsyuran dari dakwah.

Aku menyendiri,
Bersembunyi dari menjadi Teme Abdullah,
Cuba mencari erti yang sebenar. 
Adakah aku ingin menyumbang kepada islam, atau ingin islam menyumbang pada aku? Adakah aku ingin mengambil kesempatan meraih keuntungan dan mengisi periuk nasi dengan beralasankan dakwah? Aku sedar yang perkara ini perlu diubah. Syaitan akan mainkan peranan mereka kerana 'business' menjual agama ini menguntungkan.

Aku minta nasihat ibu tercinta.
Aku ceritakan segala 'ketakutan' aku ni. Aku taknak menjadi pemerah susu pada agama.
Dan mama aku bagi nasihat yang aku ikut sehingga kini.
Aku fokus pada akademik, fokus pada cita-cita ingin menjadi seorang arkitek. Aku pernah berniat nak berhenti belajar 'bidang keduniaan' ini, kini aku teruskan belajar ‘ilmu dunia’ ini untuk menjaga diri aku dari mengikut nafsu. Kenapa aku kata ianya untuk menjaga diri aku dari mengikut nafsu? Baca dulu.

Alhamdulillah,
Akhirnya, aku ambil keputusan untuk terima tawaran menyambung pelajaran di London. Perancangannya, aku perlu menjadi professional dalam satu bidang selain dakwah, apabila aku dah ada professional qualification yang melayakkan aku mendapat professional career, barulah aku kembali terjun semula ke medan dakwah meluas.

Kenapa?

Kerana manusia perlukan sumber pendapatan untuk terus hidup. Aku taknak jual agama untuk hidup. Khulafa Ar-Rashidin dahulu pun menjalankan perniagaan walaupun memegang jawatan khalifah untuk mengelakkan mereka 'cari makan' dari jawatan khalifah tersebut. Aku cuba contohi. Dalam kes aku, aku wujudkan satu cabang untuk aku raih pendapatan tanpa melibatkan dakwah. Aku memilih untuk menjadi seorang arkitek, seorang yang professional dalam seni bina. Tidak rugi menjadi professional, kerana kelak ummah perlukan kemahiran pakar. Di samping itu, aku jalankan business kecil-kecilan, jual lukisan tepi jalan, buat t-shirt, malah busking di tepi jalan. Semua ini untuk ‘menjaga’ diri aku daripada mengikut nafsu, daripada menyelewengkan nama dakwah.

Kini,
Seperti menjadi trending,
Semua nak jadi pendakwah,
Ramai nak jadi public figure islamik. Ilmu tak ada, tapi sembang kencang macam ada ilmu 7 petala. Itulah sampai keluar hukum pra-matang dari pendakwah muda maya. Imam Abu Hanifah, mazhabnya paling meluas digunakan oleh ummah islam sedunia. Beliau menuntut ilmu agama selama 18 tahun, bukan mengeluarkan fatwa ketika umurnya 18 tahun. Sebelum menjadi alim dalam ilmu agama, beliau merupakan seorang ahli perniagaan. Perniagaannya tidak 'dilariskan' dengan jenama dakwah dan ilmu agamanya. 

Kini,
Bangkit 'pendakwah-pendakwah' muda yang wujudkan 'fatwa-fatwa' pelik. Fatwa ini akan menjadi isu yang trending kerana ia tidak berlandaskan metode ilmu yang betul. Mungkin akan bangkit ramai para alim yang sebenar untuk menentang mereka. Tetapi para alim ini tiada suara kerana pendakwah-pendakwah muda ini bakal disokong pengikut-pengikut yang buta. Sudah menjadi lumrah, sedungu-dungu pemimpin besar pun akan ada pengikutnya, sekorup-korup pemimpin pun akan ada penjilatnya, inikan pula pendakwah muda yang rata-rata pengikut mereka baru mengenal dunia. Para pengikut ini terlalu hijau sehingga menganggap semua yang berbicara soal agama ini orang yang baik-baik. Para pengikut yang membuta tuli ini menyangkakan mereka turut sama berjuang menegakkan islam bersama pendakwah mereka. Walhal kekuatan pengikut ini hanya digunakan untuk menjadi ternama. Matlamat mereka hanyalah untuk 'diperkatakan' dan menjadi trending. Apabila sudah trending, mereka akan jual produk; jual buku, jual air liur, jual kismis, jual air jampi, dan sebagainya.

Satu persatu mereka bermain dengan fatwa,
Ada yang sesuka hati dengan umumnya mengatakan haram bergambar berdua dengan bukan mahram berlainan jantina. Perrgh.. Umum sangat hukum ni. Aku tak bantah fatwa ini jika ia adil. Ia perlu diperjelaskan & diperincikan lagi sheikh. Kononnya ingin mengelakkan fitnah, walhal fatwa enta ini yang menimbulkan fitnah pada islam! Adakah bergambar berdua dengan guru berlainan jantina yang jarak umur hampir 30 tahun pun haram dan mengundang fitnah? Ini barah dalam masyarakat.

Ada pendakwah muda yang mengatakan cinta haram!
Walhal individu itu pun bercinta bagai nak rak sebelum berkahwin sampai dikenali satu sekolah kerana kasanovanya. Bila dia dah berkahwin, senang-senang dia kata CINTA SEBELUM NIKAH HARAM, dan announce yang perbuatannya dulu itu semua jahiliyah. Walhal dia sendiri tak dapat elak fitrah terjatuh cinta tersebut.

Ada juga yang seolah-olah memaksa para pemuda untuk berkahwin sedangkan masih tidak jatuh hukum wajib kahwin pada pemuda tersebut. Kalau enta seorang yang tidak boleh mengawal nafsu & perlu kawin, jangan paksa masyarakat untuk kawin. Jika enta jenis yang suka mempermainkan wanita, JANGAN ANGGAP SEMUA ORANG SAMPAH SEPERTI ENTA. Boleh sangat jika kita nak menggalakkan para pemuda untuk nikah awal, tapi jangan menekan. Tidak semua pemuda dalam keadaan telah mampu secara emosi & kewangan lagi. Jangan menekan pemuda yang sedang menuntut ilmu. Aku taknak tengok penceraian banyak berlaku dalam generasi aku. Aku taknak tengok pasangan-pasangan yang belum matang mindanya wujud dan berbicara soal nikah kawin lalu merosakkan masyarakat yang lain.

Begitu juga dengan hukum 'CRUSH HARAM' yang kini popular,
Aku kurang pasti dari mana sumber asal 'fatwa' ini,

Aku keliru,
Pendakwah muda kata CRUSH HARAM.
Mufti pula kata mencintai seseorang, meluahkan, & berusaha untuk mendapatkan cinta seterusnya menghalalkannya itu harus. Rasulullah saw sendiri pernah bersimpati dengan seseorang lelaki yang menangis-nangis memujuk cinta seorang wanita. Malah lelaki itu menangis-nangis mengekori wanita itu sehingga air mata mengalir di janggutnya. Sehinggakan Rasulullah sendiri berjumpa dengan wanita yang diinginkan oleh lelaki tersebut untuk bertanyakan adakah wanita itu betul-betul tidak mahukan lelaki itu. (Rujukan: Website mufti).
Dalam kes ini, sudah semestinya aku akan ikut kata mufti.

Enta kata cinta HARAM..... sebab lagha. Menjauhkan diri dari Allah.
Enta kata CRUSH HARAM..... sebab mengundang zina hati & lagha. Menjauhkan diri dari Allah
Tapi main game halal pulak? Tak lagha pulak? Sebab pendakwah suka main game.
Menipu jumlah jualan buku halal pulak? Sebab pendakwah nak lariskan buku dakwah. Nak nampak buku dakwah dia 'Best seller'. Melabel diri sendiri penulis best seller.
Sengaja tak bayar hutang tu halal pulak? Sebab pendakwah nak gunakan duit yang dia ada untuk 'dakwah'. Hutang boleh letak tepi.
Lepasni tidak mustahil keluar hukum HALAL BERDISKO pulak sebab pendakwah suka pergi club. Dia akan cakap, "takpa... saya ke disko untuk berdakwah".

Beginilah agama ini rosak akibat mereka-mereka yang boleh memutar belit agama. Mereka ada ilmu, tapi sayangnya diputar-putarkan nas & hujah untuk tuntutan nafsunya.

Ummah keliru sheikh..
Keliru..
Mereka nampak islam ini susah yang teramat.
Enta pula menikmati hasil populariti dari dakwah,
Hasil popularity dari 'fatwa keras' enta,
Sambil memekik mengatakan jalan dakwah ini tidak dibentang karpet merah dan kononnya penuh duri,
Enta menjual air mata & bermain dengan emosi.
Walhal enta bukan sahaja berjalan di atas karpet merah, malah karpet enta sutera keemasan!
Popularity & harta itu alat. Bukan perkara yang dikejar. Tetapi itu yang enta kejar dulu.

Ini kritikan social. Bukan kutukan social.
Dan kalau dah namanya kritikan, ianya terhasil daripada perasaan risau, bukan benci..
Artikel ini umum..

Jenama ‘agama’ kini dijadikan pelaris peniagaan.
Jual buku motivasi, diletakkan jenama islam agar buku itu laris. 
Jual air pun diletakkan jenama islam, kononnya air tersebut telah dijampi dan boleh dijual dengan harga yang mahal. Begitu murah islam dijual merata-rata. Bukanlah salah menjampi ayat-ayat suci pada air, tapi kalau ianya wajar dijadikan sumber pendapatan, aku ingat nak cadangkan supaya syarikat bekalan air bawa pelajar-pelajar tahfiz membaca al-quran di sekeliling empangan. Maka bolehlah harga air paip yang disalurkan ke rumah-rumah dinaikkan dan boleh bantu ekonomi negara. Perkara ini aneh, lagi mengelirukan, terutamanya kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan islam. Orang yang tidak faham tentang islam akan mentertawakan agama Allah ini.

Matlamat utama jihad ialah untuk menegakkan nama Allah. Tetapi, jika dakwah kita menambah kesukaran dan menyampah dalam kalangan masyarakat untuk kembali kepada islam, terus terang aku katakan.... Itu bukan jihad.

Aku harap diri aku sendiri, dan kita semua belajar betul-betul. Dengan kemahiran yang kita ada, kita boleh menyumbang kepada islam.

Tidak,
Aku tidak menyuruh kalian berhenti berdakwah sebelum ada 'secure job'. Aku nasihatkan kalian  supaya berhenti menggunakan dakwah sebagai 'mandrem' dan pelaris untuk kepentingan diri sendiri, untuk raih popularity, dan meraut keuntungan duniawi. 

Kerana aku bimbang akn keadaan yang semakin ramai bercita-cita nak jadi pendakwah sebab nak buat duit. Biarlah kita yang menyumbang kepada islam, jangan pula kita mengambil kesempatan atas sumbangan islam kepada kita.

Dakwah bukan plan B untuk mereka yang malas dan gagal dalam akademik,
Bukan juga plan B untuk mereka yang gagal mencari pendapatan melalui cara lain.
Dakwah ini pertukaran pahala Allah untuk kita.

Jika pencabulan terhadap agama ini tidak dihentikan, tak mustahil satu hari nanti orang yang tak habis belajar pun akan dipanggil ceramah merata-rata hanya kerana kata-katanya berbaur islamik. Walhal itu semua semata-mata 'wang segara'. Ya... memang mudah nak buat duit dengan agama... sebab semua orang perlukannya. Tak mustahil akan wujud skim-skim penipuan oleh syarikat-syarikat perniagaan yang mengaku memperjuangkan agama.

Jika pencabul-pencabul agama ini masih disokong dan tidak dihentikan oleh pihak berkuasa, tidak mustahil satu hari mereka akan menceburi bidang politik. Tidak mustahil pencabul agama akan menguasai pemerintahan, ketenteraan, dan negara. Tidak mustahil akan wujud semula ajaran-ajaran sesat yang extreme di bumi Malaysia ini. Maka agama islam ini akan selamanya dilabel agama terrorist. Ya, setelah mereka tuai wang hasil memperbodohkan masyarakat dan memutar tengkuk agama, mereka akan mengejar kuasa. Ketika itu, terimalah azab menjadi rakyat kepada pemimpin yang menunggang agama!

*tarik nafas panjang*

*hembus*

You know what... I need to calm down. Hahahaha.



Setelah banyak merantau,
Setelah banyak kenal manusia dari serata dunia,
Setelah  bergaul dengan non-muslim di negara yang islam itu asing bagi mereka,
Setelah banyak sumber ilmu yang dah aku jadikan punca, aku menjadi semakin jahil dalam agama, semakin merasakan diri aku perlu tunduk.

Kini aku sedar,
Dakwah itu bukanlah hanya ceramah merata-rata,
Bukanlah pertandingan siapa yang paling hebat menyentap,
Bukanlah juga pertandingan siapa yang paling hebat mengeluarkan hukum yang paling pelik dan susah,
Bukan semata-mata usrah,
Bukan semata-mata keluar daurah, perang, dan menulis buku.

Dakwah itu bermula dari akhlak kita.
Hikmah kita dengan orang sekeliling kita. Bukan pendakwah sejati kalau keluarga sendiri menjauhkan diri dari kita, kerana islam itu mendekatkan, bukan memecahkan.

Bukan pendakwah sejati kalau kawan-kawan kita benci kita. Bukan pendakwah kalau masyarakat benci kita. Usahlah kita gunakan alasan, "Rasulullah juga dibenci musuh" kerana itu tidak benar. Musuh memerangi Rasulullah saw kerana agamanya, bukan akhlaknya. Baginda digelar al-Amin oleh musyrikin mekah sejak awal lagi. Tiada seorang pun yang membenci baginda kerana akhlak atau penyelewengan.

Memang kita tak patut utamakan pandangan manusia. Memang bukan masalah kita kalau orang benci kita, maybe hati dia sakit. Tapi kalau dah ramai sangat tak selesa dengan kita, ramai sangat tegur cara kita, paham-pahamlah nak berubah, mungkin itu teguran lembut Allah untuk kita. 

Manusia-manusia di sekeliling kita ialah cerminan diri kita.
Jadi, jika kita kepelikan kenapa semua orang sekeliling kita membenci kita, jika kita kepelikan kenapa semua pekerja kita tak ada yang pernah stay lama, jika kita pelik kenapa semua orang negatif pada kita, kita perlu lihat pada diri sendiri..... mungkin mereka itu cerminan keperibadian kita yang sebenar.

Jika cemerlang dakwah, maka orang sekeliling (terutama yang rapat) akan selesa dengan peribadi kita, kita akan menabur wangi pada agama,

Dakwah itu bukanlah bersama usrah semata-mata,
Jika kita bersama mereka yang kononnya 'baik-baik' sahaja, siapa yang akan membimbing dan memberi kesedaran kepada yang jauh dari agama?

Cakap banyak pun tak guna,
Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum aku kembali ke bumi British untuk menyambung semester baru,
Aku bertanggungjawab atas apa yang aku tulis, tapi aku tak bertanggungjawab atas kefahaman kalian pada penulisan aku.

Nasihat aku satu je wahai sahabat-sahabat sebaya sekalian,
Nak jadi pendakwah sepenuh masa?

Get a job first!!

131 comments:

  1. betul. tak sabar nak baca komen komen yang lain. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIGH FIVE!
      aku pun nk baca komen >.<.. harap2 pengguna internet sebarkan artikel ni banyak2. aminnnn

      Delete
    2. Harapan kau ngn aku sama. Aku harap sangat dia dan sorang lagi kawan dia tu baca. Teguran ni baik utk mmperbaiki ksilapan kita dan mereka.

      Delete
    3. Korang ngate sape weh?siyes nak tawu..haha..

      Delete
    4. Ngko pegi bukak twitter, nanti ngko tahu sendiri..

      Delete
    5. Dah bukak,dah scrolll..so,mcm kena kaji jer..ntah pape laa..x nak ambik tawu..haha

      Delete
    6. Alhamdulilah . U did it teme✨

      Delete
  2. Bila hadam artikel ni betul2,
    Teme seperti nak menegur lembut seorang pendakwah muda :)

    sy suka teguran berhujjah begini.
    lamadah nak tungu seseorang yang berani suarakan tindakan 'pendakwah muda' yang bagi fatwa sesuka hati & kejar popularity.

    baca blog teme since 2011 and counting :) thanks teme.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I got you babe! Sy rasa benda yg sama hehe

      Delete
    2. jadinya, hukum ber"crush" tak haram ya?

      Delete
    3. Sila bykkn membaca komen2 di bawah..haha

      Delete
    4. Mintak2 aiman banna baca article ni. Bg die hadam dulu dan insyaallah berubah ke arah yg lebih baik

      Delete
    5. so, xsalah kan crush on someone? fuhhh...

      Delete
    6. tak salah, tpi jgn berlebih lebihan sampai angau. Kan? ke mcm mne. Sy pun kurang jelas mengenai itu

      Delete
    7. Crush tu sebenarnya tak salah jika kita pandai menjaga diri kita tapi tu la manusia kan. Suka keluarkan fatwa sendiri

      Delete
  3. Teme, anda kata anda berhenti jadi pendakwah,

    tapi sebenarnya,
    inilah dakwah, berkata benar walaupun sakit.
    menegur walaupun berisiko. hehehe salute!

    ReplyDelete
  4. aku malas nak komen kat blog post kau. selalu aku baca je.

    tapi kau telah suarakan apa yang ada kat hati aku sejak haritu. thanks teme.. mohon para 'pendakwah' baca.

    ReplyDelete
  5. Wahhh..tabik spring ngan teme sbb berhnti skejap jd pndakwah..Allah syg sgt2 kat teme kan?sbb tu teme ad kesedaran semua tu..uzlah..teme mengasingkan diri,muhasabah blk diri teme..Oh yer,psl crush tu..dgr ustaz ad ckp mmg haram..sbb kite mengingati org ajnabi,aka org yg bkn mahram..dan ust adnin ad mendefinisikan crush sbgaimana berikut : "meminati sseorg dlm diam dan dia mnyimpan hasrat utk meluahkan cintanya kpd org yg dia cintai,sering mengingati org yg dia cintai,sering memerhatinya,melihat wajah dan gmbrnya,berfikir ttgnya dan berhasrat agar org yg dia cintai itu juga mencintainya..." dan sseorg itu prlu pndai bezakan antara crush ngan org yg dia admire..admire lbih kpd role modl,public figure laa cthnya..cthnya, ahmad fedtri yahya role model sy,dan teme crush sy.. #eheh
    Hahaaha..just kidding..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh, itu ke maksud crush. kalau 'suka seseorang tapi ta ada niat nak kacau dia. just suka tengok tapi ta selalu berfikir pasal dia' tu nak pakai term apa?

      Delete
    2. X tawu term ape..tp mgkin awak suka tgk dia jer sbb personaliti dia atau penampilan dia..okay laa sikit dr crush ni..haha

      Delete
    3. Ohhh mengingati ajnabi haram eh? Boleh sy dapatkan dalil utk hujah anda?

      Delete
    4. yang mengingati ajnabi ni mungkin membawa maksud zina hati. maybe awak boleh rujuk hadis tentang zina.

      and thanks about explaination ustaz adnin. maybe lain orang, lain maksud term crush tu. and definitely yang definisi ustaz adnin tentang crush tu,memang sebenarnya lebih kepada zina hati. sebab tu ada yang kata crush itu haram. so, yeah.

      Delete
    5. Thanks sbb explain zina hati..oh yer,tu difinisi ust adnin..lain org lain definisi mgkin..sy pon xdelah belek kamus ke ape tgk definisi crush ni..

      Delete
    6. crush yg haram tu suka perempuan tapi memang tak bersedia nak kahwin atau taksub sampai gila kat perempuan tu. Yang tak haram tu bila memang dah ready nak kahwin. Islam itu mudah.

      Delete
    7. Dik..pegi laa siapkan research awak tu..hahhaahahaa..

      Delete
  6. dakwah bermula dari akhlak
    thumbs up

    ReplyDelete
  7. teme, saya ada jumpa satu blog yang macam tunjuk klu klu itu awak. plus ada gambar kat situ. ke awak memang dah tau kewujudan blog tu? ok itu je salam bye bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolonglaaa kasi link blog tu kat sayaaa 😭

      Delete
    2. plus saya tak pasti itu awak ke apa. saya kata ''macam" tau

      Delete
  8. DarahKeturunanKing3 September 2015 at 12:09

    Darah Muda Tuan.

    ReplyDelete
  9. Andai aku berbuat baik utk syurga,hantar saja aku ke neraka.

    Niat is something yg everything.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xfham ...mmm

      Delete
    2. X digalakkan ckp macam tu..tp wali Allah,Rabiatul Adawiah,dia berdoa dia ckp andai aq beribadat kpdMu kerana inginkan syurga maka tmpatkanlah aq di neraka..tp kita smemngnya x smpai ke thp itu utk berdoa mcm tu..kita ni mnusia lemah,slalu berbuat maksiat,dosa dan kite berbuat amal kbaikan sbb nak msuk syurga.takut msuk api neraka..pepon ingtlh,Rasuluallah pon beribadat smpai bengkak kaki sbb baginda bersyukur dgn kurniaan Allah..

      Delete
  10. Dakwah diri. Smulajdi dakwah sbenar kluar.
    Salute teme !

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum teme,saya suka sangat entri ni,betul juga apa yg awak cakap..sekrg ni macam2 versi pendakwah ..ada yg snng2 je ckp tu haram ni haram macam da xboleh buat apa da,jdi serba salah..and ada setengah pendakwah muda yg persoalkan nawaitu sesorng ..

    ReplyDelete
  12. Boleh tak nak tanya adakah teme nk galakkan semua pendakwah ada kerja baru berdakwah? Seolah2 kena ada pendidikan yg cemerlang atau masuk universiti baru boleh berdakwah? Klo mcm tu kesian lh org yg tk masuk universiti. Adakah dia tak layak untuk menjd pendakwah. Bagi saya pencapaian,pendidikan yg baik semua itu hanya alat shj dan tak salah utk berniaga makanan sunnah contohnya ia mungkin peniaga dan mnjd seorg peniaga itu adalah alat utk berdakwah. Secara tk lgsg boleh galakkan amalkan pemakanan sunnah . cuma saya juga tak setuju pasal air juzu dn sbgny

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bukan tu maksud teme. maaf kalau salah, tapi rasanya maksud utama teme ialah jangan jadikan dakwah sebagai jalan utama nak cari duit.
      pernah saya dengar suatu imam ni (saya tak sebut nama takut bukan fakta) , ketika dia keluar rumah untuk beri ceramah di masjid, dia terlintas di fikiran alangkah bagus nya kalau hari ni Masjid tu upad sekian sekian ringgit, boleh la dia beli makan utk anak isteri... lepas tu dia tersentak, dia sedar niat dia dah lari. then dia masuk balik rumah dia untuk betulkan niat dia. berceramah, berdakwah semata mata kerana Allah. bukan kerana nak upah.

      saya yakin itu yang nak dijelaskan oleh teme. Dakwah is dakwah. Duit is duit. boleh je orang kampung takde pendidikan tu jual nasi lemak tepi jalan sebagai pendapatan utama, dan di malam hari bagi dakwah tanpa harapkan upah (contohnya).

      maaf kalau silap.

      Delete
    2. Pada pendapat saya, encik teme x maksudkan begitu. Bukan bermaksud semua mesti masuk universiti, belajar di london dulu, dapat kerja sebagai profesional dulu baru boleh berdakwah. Bukan begitu.

      Tapi terpulang kepada masing2. Asalkan ada sumber pendapatan yang halal dan individu tu bersungguh2 dalam pekerjaannya walaupun dia hanya seorang penjual pisang goreng.

      Hanya pendapat saya saja.

      Delete
    3. Jgn amik keuntungan atas jalan dakwah

      Delete
    4. Jgn amik keuntungan atas jalan dakwah

      Delete
    5. dude, kau lupa ke? Dalam Islam sendiri ajar kita utk CEMERLANG dlm smua perkara kita lakukan. kena bt dgn sungguh2 utk tunjuk cemerlangnya kita kerana Islam. Lukis pun kena bagi cemerlang, kalau tak org nak tengok cena? Belajar pun kena cemerlang, kalau tak knp kita belajar in the first place? TAPI gagalnya kita dpt cgpa tinggi, terfail paper final, this is not the biggest failure people thought. Ni baru ujian Allah nk bagi. Berjaya dari segi Islam ialah mereka yg tak pernah PUTUS ASA dgn rahmat Allah swt kayh. Bukan yg manusia fikir.. tapi apa yg Allah nilai tu penting.. usaha kita yg Allah nak tengok, rezeqi semua Allah dh tetapkan.. ^_^

      Delete
    6. Subjektif sungguh kalau nakc akap pasal cari makan dengan nama agama ni. Hnedaknya di zaman percetakan agama begitu laku. Salah cakap kang, makan bangkai pulak jadinya.

      Apa pun, di tempat lain, saya pernah tengok ulama'2 yang bekerja di bidang profesional. Balik kerja terus mengajar di masjid dengan kot kerja yang dia pakai di ofis. Hujung minggu, hari jumaat, pakai jubah dan serban atas mimbar. Beri ilmu kepada khalayak secara percuma.

      In ajriya illa 'alallah.

      Delete
    7. Sy rasa apa yg teme nk smpaikan kat sini ialah jgn guna nama dakwah u peroleh wang, popularity dll kpntingan dunia. X salah nak kerja ape pon.Asalkan niat kita tuh betul

      Delete
  13. Kau x pernah berhenti berdakwah dan dakwah kau x terhenti pun brother. Kau berjaya memulihkam kefahaman dakwah yg selama ini disalah erti.

    Nice entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. agreed.

      Delete
    2. Setuju jugak.terlalu ramai org salah erti konsep dakwah tu sendiri. Btw,Islam bkn utk memecahkan malah Islam utk merapatkan.☺

      Delete
  14. Mantop teme.jom ramai2 jadi arkitek ummah.hehe.ramai sbnrnya arkitek yg join usrah sbnrnya.seronok bila ramai2 jumpa.

    Dan betul kata ko teme,dakwah ni,jgn terlalu berkelompok dan terlalu obses.kena masuk denfan masyarakat.faham depa2 ni.baru dakwah yg praktikal.bukan sekadar teori jee.

    Btw slmt mnjalani kehidupan student archi!

    ReplyDelete
  15. Maaf cakap aku rasa kau ni tak faham maksud PENDAKWAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg kau nak cakap sebenarnya? share je.

      kalo yg aku faham, dakwah tu MEMBINA. bukan buat kerja dakwah jenis touch and go. punyalah sentuh hati manusia sana sini dengan segala 'alat', tapi kualiti dan impaknya tak berkesan sangat. berapa orang yang kau dah bina untuk jadi muslim dai'e, thats the true dai'e

      btw teme, yg ni mmg terbaik :

      "Kini aku sedar,
      Dakwah itu bukanlah hanya ceramah merata-rata,
      Bukanlah pertandingan siapa yang paling hebat menyentap,
      Bukanlah juga pertandingan siapa yang paling hebat mengeluarkan hukum yang paling pelik dan susah,
      Bukan semata-mata usrah,
      Bukan semata-mata keluar daurah, perang, dan menulis buku.

      Dakwah itu bermula dari akhlak kita.
      Hikmah kita dengan orang sekeliling kita. "

      semua dai'e kena settle bab akhlak, walau ape pun ribut datang, akhlak Islamiyyah kena bawa sekali. Balajar daripada Rasulullah SAW.

      Delete
  16. slow2 eh teme..jgn ikut perasaan..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbt penulis. Terima kasih kerana kupas isu ini.memang itulah hakikat akhir zaman ramai yg menjual agama, Alhamdulillah teme diberi taufiq dan hidayah kupas isu ni untk menyedarkan anak muda yg Alhamdulillah ramai yg ingin berdakwah tetapi seakan mahu nama mereka dikenali menguar-uarkan mereka adalah penulis buku etc etc sambil menghentam berdakwah dgn menggunakan ayat pedas untuk menyentap pembaca. Kalau hati pembaca itu lembut dan boleh terima mungkin akan timbul keinsafan tapi kalau bukan org yg keras sedikit hatinya bukan ke mereka akan menjauhi islam? Islam itu lembut. Lihat sendiri cara Rasulullah saw berdakwah daripada akhlak baginda sendiri dan penuh kelembutan. Bukan ke baginda yg selayaknya kita contohi? maafkan jika komen sy ini kurang tepat. Jazakallah khayr, semoga tuan teme dan kita semua dilindungi drpd segala penyakit hati 😊

    ReplyDelete
  18. Perli aku ke? Sama je kisah

    ReplyDelete
  19. Teme sy nampak blog tu jugee... Heheeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg laa link tu..teme nak tawu..sy pon nak tawu gak..hahaaha..plishhhhh

      Delete
    2. Aku tak faham sebenarnya.haha ada isu apa.sebelumnya?pendakwah muda

      Delete
  20. alah teme, sambil2 tu dakwah jelah skit2 like you used to. Part-time pun tak susah. buat jadual, consistently. Jual buku pun dapat jana ekonomi hehe. Whatever it is, can't wait to see you shine as a person, here & hereafter apa2 pun usaha kita, Allah tgk dan Allah nilai.. teringat your post about riya'... explains what i feel all this time about "orang yg takut nak jadi baik sbb takut riya, adalah org riya'!" #deep

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa maksud last quote tu? saya kurang paham :D

      Delete
    2. http://temetemerity.blogspot.my/2013/12/ya-akhi-ya-ukhti.html?spref=tw read here pleasee and thankyou

      Delete
  21. Akhi Teme, Allah yuftah 'alaik...

    Syukur Allah bagi kau rasa camni waktu usia masih muda, belum tersasar dari jalanNya.
    Nak share jugak ngan Teme dan readers kot2 ada manfaat. Kot rasa malas nak baca please ignore

    Kalau Teme nak jadi ustaz tapi masuk architecture, aku dari tadika nak jadi astronomer tapi masuk Islamic studies. Beza aku ngan Teme, aku dibesarkan dalam lingkungan agama. Dari tadika sampai kolej tak pernah dapat pendidikan 'mainstream'. Sekolah arqam, masuk pondok sampai besar, kolej kat celah sawah padi. Betapa 'suci' nya hidup aku pada pandangan orang luar.

    Sampai ARE. Taknak tulis jelas2 apa negara ni, kang jadi generalize pulak. Alhamdulillah. Kat sini macam 1st contact dengan dunia yang lebih luas walaupun masih dalam lingkungan agama. Tapi kau tahu, bila dah semuanya ngaji agama, jumud dan taksub macam anai2 makan kayu. Di luar nampak alangkah murninya tapi kat dalam macam bangkai semerbak.

    Tempat aku belajar ni, sentimen politik sangat tebal, pekat, holiao. Rasa macam masih di Malaysia, tak pergi mana-mana pun sebab sentiasa cakap pasal Malaysia. Ramai kutuk kitorang tak adapt dengan budaya setempat, pergi belajar jauh2 tak bawa balik manfaat, sebab mindanya masih telungkup dalam tempurung Malaysia. Betul, itu realiti.

    Dalam pada tu Allah masih sayang kaum muslimin yang ikhlas pergi mengaji. Masih ada sekelompok kecil yang ngaji sungguh2 dan sekarang dah bersinar di tanahair. Pun aku taknak cakap siapa. Moga Allah gandakan pahala diorang dan guru2 diorang sekali. Amin.

    Waktu kat sana, aku ikut jadi pentaksub juga. Kalau cakap pasal politik, macam puak aku jelah yang pegang kunci syurga. Tapi di tahun2 akhir, syukur Allah bagi hidayah aku jauhkan diri daripada semua tu. Aku mula pandang keluarga aku sendiri, ada yang tak solat, ada yang masih free-hair, amende aku sibuk sangat nak tegakkan yang furu' kalau Allah pun orang tak kenal?

    Aku baru sedar ini akhir zaman yang Nabi kata Islam terbalik kuang jadi gharib macam mana dia datang. Jadi, survivalnya bukan lagi tentang obor siapa paling terang macam zaman khalifah2. Nak jaga api sebatang lilin pun susah. Tulah api iman dalam hati aku, hati keluarga aku, hati korang semua.

    Dan betul kata kau Teme, pendakwah memang kena ada kerjaya. Macam Imam Abu Hanifah yang boleh sponsor anak murid beliau belajar. Ilmu agama bukan untuk jual. Betul ada ulamak yang miskin. Nabi kita sendiri pilih untuk hidup miskin. Tapi itu tahap iman mereka yang dah nampak syurga depan mata. Kalau tahap kita yang masih bawa ubat berniaga di masjid time ceramah, lebih baik cari sumber kewangan yang tetap supaya dakwah benar2 dikira di sisi Allah.

    Aku bukan cakap ikut sedap tekak. Aku tengok sendiri guru2 aku di ARE. Memang tabik. Diorang rata2nya ada double degree, bidang profesional dan agama. Siang pakar bedah, pegawai bank, lepas ofis hour pakai kot duduk mengajar di masjid sampai lewat malam. Aku tak tahulah kalau diorang dibayar untuk mengajar, tapi aku fikir, tidak. Kalau gaji pakar bedah pun tak habis makan, nak buat apa dengan upah bukak kitab kat masjid?

    Aku pun konon2 cuba ikut jejak guru2 mulia tu. Alhamdulillah aku jadi editor sekarang. Dapat pulak peluang mengajar ngaji lepas ofis. Alhamdulillah. Sebagai perempuan, mungkin bukan lapangan aku nak duduk mengajar kitab di masjid. Tapi aku doakan kau, Teme, moga satu hari nanti Allah tunaikan niat suci kau, dan pilih kau jadi salah satu obor yang menerangi umat ni. Amin.

    ReplyDelete
  22. Yupsz...i strongly agree with you....

    ReplyDelete
  23. Pedih jika dibaca bagi yang pernah menjual agama demi untuk dipandang dunia yang tidak kekal ini.

    Gembira dibaca jika mengerti maksud tersiratnya.

    Alhamdulillah, apa-apa pun ianya bergantung pada niat. Allah gerakkan perjalanan hidup kita dari arah yang berlainan. Apa yang kita judge juga tidak sama seperti pendakwah yang lain.
    Asalkan niat kita berpegang pada Maha Pencipta, Allah. Terbaik Teme, isu yang positif untuk pendakwah moden kini.

    ReplyDelete
  24. temeeee im sorry

    ReplyDelete
  25. Datang blog ini kali pertama. Tapi dah lama nak suarakan hal ini. Dakwah itu adakalanya akhlak.
    Baiklah diri saya sekolah missionary, masuk universiti islam dan bila kerja dgn syarikat antarabangsa. Tahun pertama kerja saya kena buktikan saya boleh solat tanpa ganggu kerja, yang sakitnya rakan muslim saya semua tak solat. Mcm mana nak bagi mereka berubah? Nak sentap? Kena ingat ramai diluar sana belum dapat ilmu sedalamnya kenapa wajib solat , hukum ringankan solat dan etc etc. saya masih berkawan cuma saya time solat akan turun ke surau. Lama kelamaan, sorang join, sorang lagi akhirnya bila saya nk tukar company separuh solat kembali. Alhamdulillah,

    Kalau saya create wall? Pasti mereka lebih jauh kan. Lagihal saya kena bersaing dengan bukan Islam, jadi saya kena tunjuk Islam akhlak yang baik dan mampu berdaya saing.

    Betul dakwah context dia luas

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen sheikh,
      Saya ambil pendapat ini, ini negara demokrasi,
      Saya pun radikal juga kalau orang buat perkara langgar syariat Allah ni.

      Saya terbuka profile sheikh dan ternampak senarai blog penulisan sheikh,
      mohon sheikh hentikan penulisan blog lucah '| PLU BOYZ |' &
      blog lucah 'layan stim'.
      ini bukan setakat tak membatasi ikhtilat, soal sebarkan video zina ni memang jumhur ulama mengatakan haram.

      Delete
    2. LOL!!!! nak komen sangat bajet2 islamik! sekali admin blog lucahhh!! hahaha
      nice reply Teme! dia dah delete comment dia sendiri! Allah tunjukkan kebenaran! :D hahahaha

      Delete
    3. Bukan setakat delete komen. Profile pun dah tak leh tengok .. Hohoho

      Delete
  27. Sy setuju dgn Teme,, sy dulu sekolah agama smpai habis spm ,,mase skolah dulu kwn2 keliling byk yg nk jadi pendakwah,,tiap2 minggu bagi tazkirah kat usrah mcm ulama,, sy bsyukur dididik dlm skola agama sbb dri situ sy sedar special n important agama kite.. tpi saya x pernah trase nk jdi pndakwah,,mungkin sbb sy ade goal,,mungkin sbb sy garang.. tpi jauh kat sudut hati sy.. sy x suka dgn dakwah zmn skrg.. mcm semua da jdi ulama n syeikh.. knape? Sy slalu tfikir.. mcm 1 competition.. knape kne masuk prtndingan dakwah? Tu opinion sy je.. cume tulah.. dakwah x perlu title,dakwah perlu ilmu ..zmn skrg ni.. sy mula rase x slesa dgn dakwah zmn skrg.. sy setuju dgn teme .. dakwah mula dari akhlak kite..n hati

    ReplyDelete
  28. Iya.. Kata itu ini... Bukan main... Tapi sikit2 nak marah... Aaaihssy...sedih.. Lau org yg baru nak bljr... Kene tnjukkan akhlak baik...

    ReplyDelete
  29. Iya.. Kata itu ini... Bukan main... Tapi sikit2 nak marah... Aaaihssy...sedih.. Lau org yg baru nak bljr... Kene tnjukkan akhlak baik...

    ReplyDelete
  30. Apa pandangan Teme tentang remaja yang kini ingin berdakwah online. Di alam maya, dia memakai niqab sekadar untuk pencerahan profilephoto dan pada realitinya niqab itu tiada. Dalam masa yang sama, ber'couple' alasannya nak berdakwah bersama?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum akhi.. Tahniah atas perkongsian yang sangat menarik dan kena pada masanya. Tidak dapat dinafikan masyarakat kita sekarang ini sedang nazak dengan amalan (jualbeli ayat Allah) agama dengan perkara yang murah (keuntungan dunia). Betapa ramainya yang mencari dunia dengan amalan akhirat. Betapa ramai juga menggunakan agama bagi kepentingan diri. Diharapkan akhi terus dalam kerja dakwah. Berhenti seketika dalam penulisan bukanlah bermaksud berhenti dalam dakwah. Sepertimana akhi mengatakan dakwah bermula dengan akhlak, maka sebarkan akhlak islam disekeliling akhi dalam kalangan islam dan bukan islam. Pada semua, kerja dakwah bukanlah laluan indah dan Allah bersama-sama orang yang sabar.

    P/s: Kisah Imam Abu Hanifah dalam usahanya menimba dan menyebar ilmu amat menarik untuk dijadikan antara teladan kepada semua.

    ReplyDelete
  32. Thumbs up for this entry! Lama dah cari entry macam ni :) May Allah bless.

    ReplyDelete
  33. Finally,unexpressed feelings and thoughts are shout out loud. Jzkk teme. Indeed,dakwah is akhlak,uswatun hasanah.

    ReplyDelete
  34. Allahu , besar sungguh tanggungjawab seorang pendakwah .

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum. Maaf saya kurang faham tentang crush. Sebab saya pernah difahamkan yg crush ni boleb menyebabkan zina mata dan zina hati. Itu yg menyebabkan haram. Mohon perjelaskan. Maaf.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum,first sye berterima ksih sgt2 kpdd kwan yg share link blog Teme Abdullah dlm whatsapp dan sye bersyukur sangat sebab Allah gerakkan hati saya untuk baca blog ni dari awal sampai habis....apa yang saya dapat.....suatu teguran yang menginsafi diri saya sendiri...ye, lain orang,lain cara fikirnya, tapi kadang-kadang Allah mengutuskan seseorang untuk menegur kita..jangan dipandang cara yang menegur...tapi cubalah kita lihat bagaimana cara kita menerimanya...sbb setiap sesuatu yang berlaku tu ada sebab..dan Allah tak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia melainkan terdapat hikmah yang tidak disangka-sangka: )

    ReplyDelete
  37. ainaasalsabeelaa18 January 2016 at 05:03

    crush punca *zina mata/hati* ke kalau sekadar suka kan seseorang ? asalkan tidak berlebihan/psiko/fanatik. Mkn nasi berlebihan pun boleh jatuh haram.

    ReplyDelete
  38. kalau ibu bapa kurang bersetuju anaknya menyertai aktiviti berdakwah/usrah di universiti tetapi tetap diteruskan dengan alasan berdakwah itu perintah Allah.betul ke pendapat ni?

    ReplyDelete
  39. Saya suka blog ni dan kata2 nya. Saya terinspirasi.

    ReplyDelete
  40. finally somebody said this

    ReplyDelete
  41. U made good points, something worth pondering upon. Thanks for writing this

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum bro.

    Syukran jazilan atas perkongsiannya. Frankly speaking, ada beberapa perkara yang aku setuju dan ada juga perkara yang aku tak setuju. Tapi tak apalahkan, berlainan pendapat tidak bererti menentang. :)

    Aku harap ramai yang akan meneliti dan menganalisis sebaiknya penulisan kau serta ilmu-ilmu lain daripada individu individu dan sumber sumber lain. Aku sedih bro, melihat masyarakat kita hari ini. Pada aku, masyarakat kita sudah sakit. Sama sama doakan masyarakat kita. Ummah kita perlu dijaga. :'(

    ReplyDelete
  43. Hubb dan Ishq. minat tak salah,jangan buat perkara maksiat atas sebab minat. baru faham terms ni lepas pegi seminar dgn Syeikh Yahya Ibrahim. mula2 tak faham teme cakap pasal crush and susah nak fahamkan ayat crush tu haram. even Saidatina Fatimah minat Saidina Ali dalam diam. thanks teme sebab share. jom kita menuntut ilmu!

    ReplyDelete
  44. naper baru sekarang aku nk kenal teme yer....

    ReplyDelete
  45. nice one teme. thank you bro 💪

    ReplyDelete
  46. This is a really good material to read. I need more like this...

    ReplyDelete
  47. worth to read, teme. thank you

    ReplyDelete
  48. yes.. setuju sangat.. pendakwah bukan sebuah kerjaya tapi berdakwah kerana rasa tanggungjawab.. berdakwah berdasarkan ilmu bukan berdasarkan logik akal.. kadang2 kita rasa hebat bila bersama geng2 usrah.. tapi sebenarnya tak disaat iman kita benar2 diuji
    Thanks for sharing... good job in writing.. read in nov2018.. 😆

    ReplyDelete
  49. teme, thanks ! artikel menjawab semua persoalan aku.

    ReplyDelete
  50. Someone told me that....org bodoh tkkan kenal org cerdik,tp org cerdik dia kenal org bodoh.tk semua org boleh fikir n nampak benda2 ni.

    Btw,thanks a lot...Teme Abdullah:)
    Pelukis Jalanan mnyentuh sesuatu dlm hidup sy.sesuatu yg saya nak dalam hidup sy,tp maybe sy msih belum trlalu kuat utknya:)in shaa Allah ilmu yg bermanfaat jd sahabat kita dlm kubur nanti.Jazakallahu khairal jaza'

    ReplyDelete
  51. 100% aggreed with teme. Tapi this things kalau kita nasihat diorang elok² pun diorang tetap akan rasa diorang betul. Tetap rasa yang diorang tidak menjual agama. Diorang rasa 'kami berada di landasan agama. Landasan yang betul'.

    ReplyDelete
  52. dakwah dengan akhlak itu yg baik..saya tak pandai berbicara untuk dakwah..yg saya mampu.. cuba tunjukkan akhlak yg baik kepda semua orang dan haiwan..

    ReplyDelete
  53. Aku rasa aku terjatuh cinta dgn penulisan ni . Allahu

    ReplyDelete
  54. Mcm kena je dgn ustaz muda tu yg bangga guna nama @ustazminho tu. Bermodalkan hujah yg diselitkan perkataan arab dan dalil yg dipetik tanpa ada kefahaman yg menyeluruh dia berjaya yakinkan anak muda yang baru mendalami ilmu agama. Pandangan pertama orang lihat dia tu berjaya menyakinkan dgn imej yg dia bawa.. tapi indah rupa dari khabar. Pentafsiran dia dlm satu2 isu yg disentuh kadang2 hnya untuk menarik perhatian dan populariti barangkali walaupun dia tk tk layak untuk menyentuh isu2 tersebut.

    ReplyDelete
  55. srs aku terkesan waktu dia kata org kafir memusuhi rasulullah kerana agamanya bukan kerana akhlak nya masyaallah 😍😍

    ReplyDelete
  56. grr bergetar hati baca ... srsly aku support gila. thanks teme !

    ReplyDelete
  57. sme sebijik mcm aq.. yg cru bnde pelik2 waktu muda..n ya.. aq nyesal dn heish.....

    ReplyDelete
  58. Anak-anak muda seperti kami memerlukan orang seperti teme. Salute teme

    ReplyDelete
  59. Era kini perlunya orang seperti kau Teme !
    Sekarang yang alim bergaul dengan yang alim-alim . Kata nak jadi macam orang biasa-biasa. Jangan khuatir kawan , jika baik peribadimu juga sudah di anggap dakwah . Marilah Kita perbaiki peribadi kita ! Hakikatnya Kita perlukan antara satu sama lain .

    ReplyDelete
  60. 😎😇 nice teme

    ReplyDelete
  61. Alhamdulillah...harap kita semua tergolong dlm org yg berakhlak mulia..(AAMIN)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat membuka minda dan setiap baris berlapik dan kena dengan masa sekarang. adakah ini dejavu? 3 tahun lepas dan sekarang benda ni berlaku. mungkin 10 tahun lepasni kita tengok benda ni balik, sama apa yang kita baca sekarang(2018). moga Malaysia aman makmur sejahtera. Terima kasih teme kerana membuka mata semua orang yang baca (in shaa Allah kami akan memahami sebaik mungkin apa yang dikatakan oleh anda.) terima kasih Teme Abdullah. ❤️✨�� jazakAllah

      Delete
  62. Thanks. Tiba-tiba tersentuh ayat Manusia sekeliling cerminan diri.. Kalau sekarang ni terjumpa manusia pelik di sekeliling. Means saya la yang pelik, kan.. Rindu kawan2 diploma dulu. Nangis.

    ReplyDelete
  63. Boleh buat buku lagi satu ni��

    ReplyDelete
  64. ya Allah teme 😭 u make me cry teme . setiap kali baca penulisan teme , tak pernah satu pun tak ada dalam kepala otak saya teme . apa yang teme katakan ni sama seperti apa yang saya fikirkan . rasa macam terharu sangat sebab teme seolah olah faham akan isi hatiku dari dulu . cuma saya tak seberani awak teme . saya tak sekuat awak teme . moga awak terus berusaha pertingkatkan jati diri awak teme . setiap kali baca penulisan teme , mesti terngiang dalam kepala otak " ya Allah , akhirnya aku jumpa orang yang sependapat dengan aku . seolah olah dekat sangat dengan aku . seolah olah sangat memahami isi hati aku " . sumpah rasa macam nak sangat borak dengan teme pasal isu semasa untuk sama sama berkongsi ilmu . statement awak yang awak kata awak dari kecil teringin nak jadi pendakwah pun sama sangat dengan apa yang saya lalui teme . masha Allah . finally i jumpa orang yang sama cara berfikir akan ilmuMu ya Allah . i harap u notice my comment :) tq for this useful article ❤

    ReplyDelete
  65. Keep it up teme!!

    ReplyDelete
  66. Terima kasih Teme untuk entri ni. Saya baru kenal Teme secara mendalam pada pertengahan tahun lepas melalui Ig. Mungkin orang yang minat membaca atau yang mempunyai akaun twitter dan Ig telah begitu mengenal Teme dan penulisan Teme. Saya tak ingat macam mana tiba - tiba saya boleh terfollow IG Teme.

    Dulu dulu lama dulu hanya lalu di newsfeed fb sahaja, ada kawan2 share lukisan komik dakwah Teme. Dan saya baca begitu sahajalah hihi.

    Tp daripada IG ituulah saya mula cuba untuk membaca buku Teme, Pelukis Jalanan. Saya pinjam daripada kakak saya je. Dah lama dia ada. Tp sy tak cuba membaca sebab tak minat membaca hahaha. Buku tu, sangat memberi inspirasi dan mencetus minat saya untuk cuba membaca lebih banyak buku lepas ni.

    Disebabkan dah baca buku Pelukis Jalanan, ia membuatkan saya ingin memiliki koleksi buku - buku Teme yang lain.

    Saya pun baru jugaklah menghabiskan membaca siri Empayar dengan gigih sebab perasaan ingin tahu. Hahaahaha dan mungkin plot twist jugak kot (Biasalah, orang tak minat membaca, teruja bila membaca buku - buku macam tu)

    Dalam Empayar 1 ada dinyatakan
    "Perasaan cinta..., dan rindu itu bukanlah zina hati. Selagi mana ia tidak terpalit dengan rasa berahi."

    Berkait serba sedikit dengan entri ni. Saya terkesan dan saya rasa saya silap selama ini. Saya banyak menghukum diri saya sendiri disebabkan fahaman "cinta itu haram", "mempunyai perasaan kepada seseorang itu salah" dan "menyatakan perasaan kepada seseorang juga salah" walaupun niat sebenarnya untuk kearah perkahwinan.

    Saya terkesan dan keliru dan telah saya pasakkan dalam minda saya jangan bercinta atau elakkan ada perasaan dengan orang sebelum kahwin. Terngiang - ngiang dengan kata - kata pendakwah muda tersebut walaupun pada hakikatnya saya sukar nak terima cara dakwah sentap sebegitu. Masa tu pun saya masih muda, masih sedang mendalami ilmu agama yang sebenar, jadi memang terikut jugalah sehingga sekarang pun (sebelum baca buku Empayar 😂) saya rasa walaupun saya sukakan seseorang untuk dijadikan pasangan hidup itu, meluahkan perasaan itu salah. Walaupun hanya menghantar email dan bertukar - tukar cerita juga salah hahahaha. Saya keliru.

    Bahkan, macam yang Teme sebut, ambil gambar berdua dengan berlawanan jantina, jujur saya merasakan itu tak boleh mengikut apa yang saya faham selama ini. Tp hakikatnya apa yg Teme cuba sampaikan ni, barulah saya faham..

    Fuh..
    Kenapalah saya lambat kenal Teme... Banyak entri yang saya tertinggal. Kena gali semula ni dan cari masa untuk membaca hahahahaha

    P/s: Saya menantikan buku Empayar 3. Sebab ada beberapa persoalan dan ia mengganggu fikiran saya hahahahaha. Yang paling utama tentang perbuatan Anding yang mengetuk2 keris pada besi di hadapan Andika.
    Hingga keakhir Empayar 2 saya tak fhm apa tujuan tindakan tu. Saya kurang ilmu untuk mentafsirkan perbuatan tu.
    Akan diceritakan dalam Empayar 3 ke? Atau telah ada entri Teme menghuraikan pasal tu?

    Apa apa pun, banyak ilmu baru yang saya belajar daripada buku - buku Teme. Secara langsung dan tak langsung. Kisah2 Teme juga turut memotivasikan saya. Terima kasih. Kenapalah saya baru kenal Teme... (lagi sekali) Hahaahaha sedangkan semangat tu yang saya sangat perlukan masa saya belajar dulu.

    Maaf kerana terlalu panjang saya komen (atau mungkin luahan perasaan? Hahaha). Terima kasih sudi membaca komen saya Teme.
    Teruskan menulis dan berdakwah ya Teme. Teruslah memberi inspirasi dan motivasi secara tidak langsung kepada orang lain. Just don't push yourself too much. Saya sedang menunggu STP yang fizikal untuk dibaca hahaha sementara masih ada masa untuk menamatkan pembacaan untuk beginner seperti saya. Ebook menjadikan saya lebih lambat membaca hahahahaahahaha. Stay safe. Adios amigo ✌️

    ReplyDelete
  67. entry yg sgt sesuai untuk menunjukkn keadaan pd zmn skrg...dh mcm2 skrg yg terjadi kpd pendakwah lagi2 yg muda...skrg nk dpt title pendakwah sgt mudh semudah berckp bohong

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!